Sunday, June 12, 2011

DAPAT DUET OR HADIAH TAK? WAA.. MESTI "BERBALOI BALOI" MACAM IKLAN CELCOM BELEW TUH KN?? HUHUHU

Pada siapa yang rasa gembira bila membuka aib orang tuh, syabas! Gud job. Mungkin anda rasa gembira. Kenapa nak buka aib orang? Diri sendiri baik sangat ke? Jangan, jangan buat macam tu. Kalau tak suka, diam jer. Jangan malukan diri sendiri. Semua manusia tidak sempurna. Tak sebaik mana. Pastikan redha je dengan apa yang berlaku. Takda manusia yang tak pernah buat salah. :). Jadikan setiap apa yang berlaku tu satu pengajaran okeh?? Pada siapa yang ada buat silap, jangan salahkan diri sendiri. Mungkin semua tu ada hikmah disebaliknya. Mungkin juga silap tuh boleh bawa anda ke jalan yang lebih baik jika anda sedari kesilapan anda tu. Jangan marah sangat kalau dapat tau ada orang buka aib anda pada orang lain. Sabar dan terima je. Oke tak?? Apa dia dapat kalau dia buka aib orang? Dapat duet banyak? Mungkin jadi kaya kot. hahaha. Emm, nak share sumtin kat bawah ni......

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi). Adalah tidak diharuskan untuk membuka dan menceritakan aib orang lain ataupun aib diri sendiri kepada orang lain. Saudara/ri disarankan agar menasihati sikap kawan tersebut agar tidak menceritakan lagi aib tersebut kepada orang lain. Wallahualam.

Adalah dibenarkan utk buka aib orang pada empat keadaan iaitu :
1. orang yang dizalimi. Dibenarkan untuk mengadu kepada pihak penguasa terhadap kezaliman yang berlaku.
2. untuk meminta fatwa mengenai hukum hakam. Dibolehkan untuk menceritakan keburukan seseorang tetapi ada baiknya sekadar untuk mengetahui hukum sahaja dan tidak berlebih-lebihan.
3. Memperingatkan orang lain akibat melakukan kejahatan. Boleh dijadikan iktibar kepada seluruh umat Islam.
4. Menceritakan kepada khalayak ramai tentang seseorang yang fasik dan melakukan kemungkaran seperti meminum minuman keras, memeras ugut dan perkara-perkara batil yang lain. Jangan sesekali menokok tambah cerita dan niatkan hanya untuk kebaikan sahaja.

Renung-renungkan ~
Maaf, kalau aku salah tolong betulkan okeh.

Okelah, bye bye.
aku anak nogoi sembilan. hobin jang !

1 comment: