Monday, May 23, 2011

KOngsi!!! Lu Langsi Lu Mati!

Fuh! Sabtu tengok Nur Kasih, nie Ahad punye cite, KONGSI pulak. huhu. Macam mana tak pokai mak usu dik oiiii! Tp tak apa, dua dua cerita memuaskan. hehe. haa, nak cerita ni, Ahad pergi tengok cerita KONGSI dengan kawan. Tiket 4.30pm. umm, kawan belanja. Kawan yang comel. hiii. Ade ke patut, aku dengan mata yang tak berapa nak nampak, pergi pilih seat depan sekali. Apa lah, naseb baek kawan aku tegur, "weh lin, depan tuh".. aku ,"Alamak! cover sikit, aku xperasan la screen kat situ. " hahah. Kakak kat kaunter senyum je tengok aku. Naseb baik akak tu comel, kalau x, grrr, lame da saye buat muka tak comel. eh, apa kene mengene nie. hadtoi! tak kene pon (bak kate Johan raja lawak). weehee. Sebelum 4.30pm, aku pergi pau kawan suruh belanja KFC, hahhaa. Hari sabtu tak dapat, ganti kat hari ahad pulak. padan muka ang.

Masa untuk movie dah tiba, then kita harus menyiapkan diri bila kita nak tengok cerita aksi comedy ni taw. Exercise pipi dulu, muka, mulut. Bukan apa, nanti takut terover gelak pulak. tau tau jelah, cik Elin nie selalu sangat Over! haha. Wutever. HA, dah? Da nak mula ke? Oke cepat cepat masuk. Kang da gelap tekangkang kangkang nak cari seat tak jumpa.

Tadaa! Bese la tu kalo mule dengan pakcik KFC aku and ayam ayamnya, pastu diikuti dengan big brother yang over posing.. Then, mula la cerita. Oke, filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.
ala lin, ayat ko nie, tau dah ko cilok sinopsis dari site mana tah. apa daa..

Okela okela, pada pendapat aku, cerita nie bes, kelakar, mencuit hati, bodo bodo jer pun ada. Jalan cerita dia tak terang sangat la. Aku tak faham sebab tiba tiba je die datang Malaysia tanah airku tercinta nie tujuan nak bunuh ahli ahli kongsi gelap. Tak tau mula tang mana. Tapi, bila dah tengok, rasa macam, eh, bes pulak. kelakar sangat. Dengan muka tak malunya, and tambah pulak sebelah aku tak ada orang, umm, aku dengan yakin dan saksamanya, tebahak bahak gelak sampai nak tumbang kat seat sebelah. Alangkah malunya semasa tragedi itu. haha.


nie mamat hensem nie, muka tak tahan. eh, uorang, nie bukan cerite KONGSI punye mamat. ni cerita baru, coming soon.. KL gangster! macam bes woo! dush3, tumbuk sana sini. waa. cik Elin suka.





haa.. tengok, muka suka da dilindungi oleh helmet tu, nampak tak. Kan suka tuh. Nie gambar tahun bila pulak nie. Hantam ajelah labu.







tengok, abang hensem nie. Nie yang aku gagal nie. TEGODA owang dulu dulu kate. haha







umm.. da habes cerita, ape lagi, baliklah aku ke pangkal jalan Nilai, Malaysia. Pada sapa sapa yang rasa teringin nak tengok, pergilah.. bes. aku kasi 4 bintang.. Tapi hati hati bero, Lu Langsi Lu Mati!


aku anak nogoi sembilan. hobin jang !

No comments:

Post a Comment